Laila gila, kerana cintanya yang tak kesampaian bersama cinta

Laila
Majnun merupakan kisah yang berkisarkan seorang pemuda yang tampan, penuh
wibawa serta gagah perkasa yang terkenal di kawasan kabilah dan jazirah Arab yang
bernama Qais. Pemuda ini mencintai seorang wanita yang berasal dari kabilah
lain serta dikenali ramai, bernama Laila. Namun disebalik kisah cinta mereka yang
terhalang, Qais menjadi gila. Hubungan mereka akhirnya sampai pada pengetahuan
keluarga Laila. Mengetahui hal ini, bapa 
Laila merasakan sangat marah  dan malu
apabila mengetahui akan hal itu. Lantas, Laila telah dikurung di dalam rumahnya
yang dikawal dengan rapi oleh para pengawal. Bermula  detik itu, kehidupan Qais menjadi bercelaru
serta tidak terurus. Qais telah meninggalkan rumah, berjalan seperti tiada arah
serta meredah hutan belantara dalam keadaan yang sedih. Nama Laila sering
diungkap dibibirnya tanpa kesudahan.  Dia
seperti kehilangan semangat serta arah sejak dipisahkan daripada Laila. Dia seringkali
berjalan dengan keadaan tidak berbaju serta melintasi setiap pelusuk perkampungan
sambil terus melontarkan bait-bait syair berkait mengenai Laila. Masyarakat terus
memanggilnya dengan gelaran “Majnun” bermaksud gila. Qais benar-benar menyintai
serta menjadi gila tanpa kehadiran Laila. Nama itu terus menjadi bualan dan panggilan
terhadap Qais. Pengakhiran kisah yang menyedihkan apabila wanita yang
dicintainya, Laila dikahwinkan dengan pemuda lain pilihan keluarga Laila.
Namun, apa yang terjadi tidak langsung mematahkan rasa sayang dan cinta antara
mereka berdua. Biarpun kisah cinta mereka tidak disatukan, namun mereka terus mincintai
antara satu sama lain. Kisah cinta mereka, dipandang dan dianggap sebagai cinta
yang abad. Kisah ini merupakan kisah cinta paling indah, namun berakhir dengan
keadaan yang tragis. Qais yang merupakan seorang yang bijak pandai dan gagah,
namun menjadi “majnun” atau gila, kerana cintanya yang tak kesampaian bersama
cinta hatinya. Pengakhiran kisah mereka, cinta mereka tidak
dapat disatukan namun kematian menjemput Qais atau Majnun di sisi pusara Laila.

Cerita
ini sarat dengan pengajaran, teladan dan mendandungi unsur-unsur Islam di
dalamnya. Antara unusr-unsur Islam yang wujud adalah seperti berikut;

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

1.    Berserah
diri kepada Allah swt

Dalam
kisah “Laila Majnun”, terdapat pelbagai unsur-unsur Islam yang boleh di dapati
didalamnya. Antara unsur Islam yang utama yang terdapat dalam teks tersebut
adalah berserah diri kepada Allah s.w.t. atau dengan kata lain sebagai tawakal.
Seringkali dijumpai dalam firman-Nya, Allah Ta’ala menyebut  antara tawakal dengan orang-orang yang
beriman. Tawakal merupakan suatu perkara yang agung serta hanya dimilik oleh
orang-orang mukmin. Menurut hakikat, tawakal adalah kebergantungan  hati kepada kekuasaan Allah swt dalam hal-hal
yang baik dan menolak hal-hal yang buruk dari urusan-urusan dunia dan akhirat. Tawakal
bukanlah pasrah tanpa melakukan sebarang berusaha, namun ianya haruslah
disertai dengan usaha dan ikhtiar. Sebagai orang Islam yang beriman, kita harus
percaya bahawa Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang dan Maha Menentukan.
Dalam teks ini, kita dapat melihat bapa kepada Qais atau Majnun, berserah diri
kepada Allah swt dalam menentukan zuriatnya. Setelah berusaha dan berikhtiar dengan
keras untuk mendapatkan zuriat, bapanya berdoa dan berserah dengan ketentuanan
Allah swt. Ini juga dapat dilihat melalui pengabdiaan Qais atau Majnun kepada
Allah s.w.t. Setelah gagal mendapatkan Laila, Majnun cuba berserah diri kepada
Allah swt untuk menentukan nasib dan pengakhiran dirinya, Majnun juga berdoa
disamping berusaha mendapatkan Laila. Ini dapat dilihat melalui pemergiaannya
ke kota suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Kepercayaan yang tinggi
terhadap kekuasaan Allah swt menyebabkan Majnun sentiasa berdoa serta
menyerahkan kepada Allah swt. Oleh yang demikian, bertawakal atau berserah diri
kepada Allah swt sangatlah penting. Ini dapat dilihat dalam firman Allah swt  tentang tawakal ketika disandingkan dengan
orang-orang beriman, “… dan bertaqwalah
kepada Allah, dan hanya kepada Allah hendaknya orang-orang beriman bertawakal”
(QS. Al Ma’idah: 11).

x

Hi!
I'm Mack!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out